Resepi Oreo Cappucino Cheese Cake :)
- taugehpenang
- Feb 9, 2015
- 2 min read

Okeh chu alls , hari ni cek nak share sikit resepi yang aku dah ubah suai sikit dari resepi asal . Sangat simple & yang penting sedap dia ya rabbi kalah Secret Recipe tw tak ! Hahaha . Bagi yang gemar makan oreo cheese cake mesti akan suka resepi aku niyh . Kadang-kadang muak jugak kan makan banyak-banyak kek macam ni tapi bila aku ubah suai tambah perisa cappucino tu rasa dia memang ummphhh lahh ! Huhu , so check this out :-
Resepinya jeng jeng jengggg ..
Bahan-bahan
300 g cheese cream ( aku prefer Tartura )
200 g whipping cream
1 cawan gula halus
4 sudu besar mentega (dicairkan )
1 sudu besar gelatin ( cek prefer jenama Halalgel )
1 sudu besar esen vanilla
2 sudu besar cappucino emulco
Sebungkus biskut marie
Sebungkus oreo perisa asli
Cara-cara
1. Pukul cheese cream bersama gula halus sehingga kembang
2. Masukkan whipping cream & esen vanilla , pukul lagi sehingga kembang
3. Hancurkan biskut marie dan gaulkan bersama dengan mentega yang telah dicairkan di dalam bekas lain . Agak-agak boleh kepal ratakan adunan biskut marie tadi ke dalam loyang kek dan ratakan serta mampatkan agar tidak pecah . Sejukkan terdahulu selama 30 minit di dalam peti sejuk sebelum proses seterusnya .
4. Asingkan adunan cheese kek pada 2 bahagian , satu bahagian masukkan oreo setengah hancur manakala satu lagi bahagian masukkan 2 sudu besar cappucino emulco dan sebatikan semua .
5. Keluarkan base kek yang diperbuat daripada biskut marie tadi dan masukkan lapisan pertama iaitu bahagian cheese oreo . Ratakan dengan menghentak lembut loyang untuk memastikan tiada ruang udara tertinggal .
6. Kemudian , masukkan lapisan kedua iaitu cappucino emulco di atas lapisan pertama . Ratakan dan balut dengan plastik wrapper .
7. Sejukkan di dalam chiller semalaman dan sedia untuk dihidangkan .
Soooooo , tunggu apa lagi selamat mencuba naaaa !
Comments